LITERATURE

SUMMARY

FULL CONTENT

Pentadbiran negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu bersekutu telah menubuhkan ‘Department of Chinese Protectorates’ di Singapura, dalam tahun 1877 bagi menguruskan kemasukan orang-orang Cina ke Malaya. Jabatan ini bertukar nama kepada Jabatan Buruh apabila Pentadbiran British mula membawa masuk buruh-buruh dari India Selatan ke Malaya. Asas-asas inilah yang melahirkan Jabatan Imigresen.

Undang-undang pertama mengenainya yang diperkenalkan ialah ‘Passengers Restriction Ordinance, 1922’. Undang-undang ini berkuatkuasa mulai 12 Julai 1922 dan mulai dari tarikh ini, kerajaan melaksanakan kawalan bagi kemasukan ke negara ini. Undang-undang bagi mengawal ketibaan dan kawalan keatas buruh-buruh asing terus digubal. ‘The Aliens Immigrations Restriction Ordinance, 1930’ digubal bagi mengawal kemasukkan buruh-buruh khususnya buruh Cina. Undang-undang ini memperuntukkan system kuota bagi kemasukan buruh-buruh dari Negara China. Undang-undang ini dikaji semula dan langkah kearah kawalan Imigresen yang lebih ketat diadakan dengan penggubalan ‘The Aliens Immigration Restrictions Ordinance, 1932’ yang berkuatkuasa mulai 1 April 1933.

Jabatan Imigresen pada mulanya, melaksanankan tugas-tugas kawalan dan pemeriksaan Imigresen, khususnya pemeriksaan fizikal dan dokumen-dokumen perjalanan di pintu-pintu masuk laut. Pegawai-pegawaiimigresen seterusnya diamanahkan untuk mengeluarkan dokumen kepada mereka yang telah masuk bagi kemudahan mereka keluar dan masuk ke negara ini.

Jabatan ini ,sejak mula lagi telah ditadbirkan oleh seorang pegawai kanan ‘Malayan Civil Service (MSC)’ dikenali sebagai ‘Immigration Officer, Straits Settlement and Federated Malay State’. Pusat pentadbirannya ialah di Singapura. Seorang Timbalan Pegawai Imigresen iaitu seorang Pegawai Polis ditempatkan di Pulau Pinang, pintu-pintu masuk utama ke Malaya secara pinjaman. Pintu-pintu masuk lain seperti Changloon, Padang Besar, Kroh dan Port Swettenham juga dibuka. Pintu-pintu masuk ini juga pada mulanya ditadbir oleh seorang Pegawai Polis yang dipinjamkan ke Jabatan.

Jabatan ini telah disusun semula selepas kejatuhan permerintahan Jepun pada tahun 1945. walaupun demikian, Jabatan ini pada masa itu di kenali sebagai ‘Refugees and Displaced Persons Bureau’. Pusat pentadbirannya ialah di Kuala Lumpur dan diketuai oleh seorang pegawai British Military Admistration. Tugas yang dilaksanakan pada masa itu ialah membawa balik mereka yang terkandas di luar negeri akibat Perang Dunia Kedua.

Pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu dimeterai pada tahun 1948 dan berikutan dengan Pengistiharan Darurat, Kerajaan telah menggubal undang-undang mengenai Imigresen dan pasport.The emergency (Travel Restriction) Regulations 1948, The passport Ordinance 1949 dan The Emergency (Entry By Land From Thailand) Regulations 1959 diadakan. Pemilikan satu dokumen perjalanan sebelum tiba merupakan satu keperluan mulai 31 Mei 1949.

The Immigration Ordinance, 1952undang-undang utama dan lengkap mengenai Imigresen digubal menggantikan undang-undang yang digubal pada waktu darurat. Undang-undang baru ini bertujuan untuk mengadakan kawalan keatas kemasukkan semua orang, iaitu warganegara British, rakyat dibawah nangungan British dan alien ke Persekutuan. Undang-undang ini juga dikuatkuasakan di Singapura. Pegawal Imigresen Negeri-negeri Tanah Melayu pada waktu itu ialah En. D.W. Bigley. Beliau dilantik ke jawatan tersebut pada 1 Mei 1953. Jabatan Imigresen pada masa ini dibawah pentadbiran Kementerian Luar Negeri.

Selain dari menguruskan kawalan, ketibaan, Jabatan Imigresen juga mengeluarkan pasport. Peruntukan undang-undang bagi mengeluarkan pasport ialah ‘The Passport Ordinance, 1949 dan The Passport Regulations, 1949. walaupun demikian, pengeluaran pasport sebelum 1957 ini adalah tertumpu kepada warganegara British. Pasport ini dikeluarkan oleh pejabat-pejabat Residen dan Penasihat Inggeris. Pada waktu Perang Dunia Kedua, pengeluaran pasport dipusatkan di Singapura

Jabatan Imigresen juga bertanggungjawab menguruskan pengeluaran Visa dan menimbang permohonan Kewarganegaraan negara-negara Komenwel bagi pihak kerajaan Inggeris, pusat pentadbiran yang mulanya di Kuala Lumpur dipindahkan ke Pulau Pinang pada tahun 1949 kerana sebahagian besar tugas Imigresen adalah terpusat di Utara.

The Immigration Ordinance, 1952, The Passport Ordinance, 1949 dan The Passport Regulations, 1949 dimansuhkan dan digantikan dengan The Immigration Ordinance, 1959, The Immigration Regulations, 1959 dan The Passport Ordinance, 1960 apabila negara mencapai kemerdekaan. Ordinan-ordinan baru ini memperuntukan lebih banyak kuasa kepada pihak Imigresen mengawal kemasukan pelawat ke Malaya.

Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 memperluaskan keperluan Imigresen ke Sabah dan Sarawak. The Immigration (Transitional Provisions) Act,1963 digubal bagi memlihara kepentingan negeri-negeri tersebut. Selain daripada melaksanakan kawalan keatas kemasukkan bukan warganegara, pihak Imigresen di Sabah dan Sarawak juga mengawal kemasukan warganegara dari Semenanjung.

Pada tahun 1964 perkara-perkara mengenai Imigresen dipindahkan tanggungjawabnya ke Kementerian Dalam Negeri. Pentadbiran Imigresen mula dipimpin oleh anak tempatan dengan perlantikan En. Ibrahim Ali sebagai Pengawal Imigresen Negara Malaysia pada 1 Januari 1965. Pusat Pentadbiran Jabatan Imigresen dipindahkan ke Kuala Lumpur pada 13 April 1965.

Ibupejabat Imigresen, Negeri-negeri Tanah Melayu telah disatukan dengan Ibu pejabat Imigresen Malaysia pada 1 Disember 1971. Undang-undang mengenai Imigresen yang berkuatkuasa pada masa itu telah disemaksemula dan disatukan pada tahun 1974 bagi memasukkan peruntukan-peruntukan khusus untuk Sabah dan Sarawak. ‘The Immigration Act, 1959/63’ juga dikemaskini dan dipinda sesuai dengan perkembangan serta keperluan semasa. Akta ini telah dipinda dan dikemaskini, berkuatkuasa pada 1 Februari 1997.

Pada 1 April 2004 yang lalu Jabatan Imigresen telah ditempatkan bersam-sama dengan Jabatan Pendaftaran, Lembaga Penapisan Filem dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dibawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.