01-12-2017 13:51:55
01-12-2017 14:26:28
5,497
Malaysia : International Passport — Model E (1983 — 1988)

It has a number of immigration stampings from Hong Kong (1983), Singapore (1983, 1987), Denmark (1983), Thailand (1984, 1986, 1987), United Kingdom (1983, 1984), New Zealand (1986), Australia (1986).

It also has visa for France (1983), Spain (1984), New Zealand (1986), Australia (1987) and India (1987)

Model E : Malaysia 1984 — 1988

Old Malay spelling of PASPOT, which later changed to PASPORT. A big letter A was added (by way of rubberstamping) on page 1 prepending the passport number.

REQUEST PAGE
 
Bahawasanya atas nama Yang di-Pertuan Agong Malaysia diminta sekelian yang berkenaan supaya membenarkan pembawa paspot ini lalu dengan bebas dengan tiada halangan dan memberi kepadanya apa-apa jua pertolongan dan perlindungan yang perlu.

These are to request and require in the name of the Supreme Head of Malaysia all those whom it may concern to allow the bearer to pass freely without let or hindrance, and to afford the bearer such assistance and protection as may be necessary.
 
Bagi Pihak Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Malaysia.
For Minister of Home Affairs, Malaysia

NOTES
 
CATITAN

1. Paspot adalah dikeluarkan dan dibaharui oleh Jabatan lmigeresen di Malaysia dan oleh Wakil Kerajaan Malaysia di negara luar: maka kepadanyalah meminta. Di negara yang tiada wakil Kerajaan Malaysia bolehlah minta kepada pegawai Diplomat atau Konsol British.

2. Paspot berlaku selama lima tahun dari tarikh mula-mula dikeluarkan kecuali jika di dalamnya ada dinyatakan lain daripada itu, dan boleh dibaharui dari tarikh habis tempohnya dengan syarat tidak boleh lebih dari tempoh 10 tahun dari tarkikh mula dikeluarkan. Bayaran pembaharuan $5/- bagi tiap-tiap tahun. Jika di dalam paspot tiada tempat lagi untuk visa hendaklah mengambil paspot yang baharu.

3. Barang siapa menggunakan paspotnya dengan melanggar sebarang batasan atau had yang dikenakan di dalamnya harus ia tidak akan mendapat perlindungan dari wakil Kerajaan Malaysia semasa berada di luar negara. Orang yang mempunyai paspot tidaklah terlepas dari memenuhi peraturan-peraturan imigeresen yang berlaku di luar dan juga daripada mengambil visa atau surat kebenaran di mana-mana yang dikehendaki.

4. Paspot yang mengandungi butiran anak-anak pembawanya tidak berlaku untuk kegunaan oleh anak-anak itu melainkan mereka diiringi oleh pembawa.

5. Anak-anak yang sudah sampai 15 tahun umurnya hendaklah mempunyai paspot sendiri.
 
INGAT

6. Paspot ini tetap jadi hak milik Kerajaan Malaysia dan boleh ditarik balik pada bila-bila masa jua pun. Paspot tidaklah boleh dikirim dengan pos dari sebuah negeri ke sebuah negeri.

7. Paspot ini ialah dokumen yang dihargai dan jangan sekali-kali diubah atau diserahkan ke tangan orang yang tiada hak memilikinya. Jika sekiranya paspot ini hilang atau binasa maka keadaan demikian hendaklah dilapurkan dengan serta-merta ke Pejabat lmigeresen yang berhampiran sekali di Malaysia atau kepada wakil Kerajaan Malaysia yang berhampiran sekali di negara luar dan kepada pihak polis tempatan. Di negara yang tiada wakil Kerajaan Malaysia, kehilangan itu hendaklah dilapurkan kepada Pegawai Diplomat atau Konsol British yang hampir sekali. Dalam perkara sebegini paspot yang baharu hanya boleh dikeluarkan selepas Jabatan lmigeresen berpuas hati yang paspot itu sebenarnya telah hilang.

8. Warganegara Malaysia yang tinggal di negara luar hendaklah mendaftarkan nama dan alamatnya kepada wakil Kerajaan Malaysia dengan seberapa segera. Tanpa berbuat demikian boleh mengakibatkan kesusahan atau kelambatan mereka mendapat pertolongan dan perlindungan dalam masa darurat. Kegagalan mendaftar harus juga menyebabkan pelucutan kewarganegaraan Malaysia mereka di bawah Artikal 25(2) Perlembagaan Malaysia.