JENIS² KERETA
A. Kereta² Orang² yang Chachat Anggota dan tiada Berdaya, ia-lah kereta berenjin berat-nya dengan tiada muatan tiada lebeh dari lima hundredweights, yang betul² di-bentok dan di-buat bagi kegunaan orang² yang chachat anggota atau tiada berdaya bukan-nya di-jadikan dari-pada kereta2 lain dan yang di-gunakan oleh orang2 yang demikian sahaja.
B. Motosikal² solo, ia-lah kereta² berenjin yang mempunyai tiada lebeh dari dua roda.
C. Motosikal², ia-lah kereta berenjin (bukan-nya Motosikal² Solo) yang mempunyai kurang dari empat roda dan berat-nya dengan tiada muatan tiada lebeh dari delapan hundredweights.
D. Motokar², ia-lah kereta² berenjin (bukan-nya kereta² jenis motosikal atau motosikal solo) yang berat-nya dengan tiada muatan tiada lebeh dari tiga ton.
E. Motokar² Berat, ia-lah kereta2 berenjin (bukan-nya kereta² jenis motokar², motosikal² atau motosikal² solo) yang berat-nya dengan tiada muatan lebeh dari tiga ton.
F. Tractor Rengan (Beroda), ia-lah kereta² ber-enjin bukan-nya di-buat untok membawa apa² muatan (sa-lain daripada ayer, minyak, arang dan sa-bagai-nya, "accumulators" dan lain² alat dan perkakas dan bahan² yang di-gunakan untok menjalankan enjin, perkakas² dan alat per-tukangan) berat-nya dengan tiada muatan tiada lebeh dari lima ton dan berat-nya itu di-bawa oleh roda² di-atas jalan raya.
Jentera Berjalan yang Rengan (Beroda), ia-lah kereta² berenjin yang di-bentok sa-bagai jentera² bersendirian, di-jalankan oleh enjin-nya sendiri, berat-nya dengan tiada muatan tiada lebeh dari lima ton dan boleh di-gunakan di-atas jalan raya dan bila berjalan itu berat-nya itu di-bawa oleh roda² di-atas jalan raya.
G. Tractor Rengan (Beroda Rantai), ia-lah kereta² berenjin, yang termasok di-dalam jenis Tractor Rengan tetapi di-bentok dan di-buat supaya berat-nya itu di-bawa di-atas jalan raya oleh roda² rantai yang bersambong² atau oleh beberapa roda dengan roda² rantai menjadikan berat yang di-bawa oleh roda² rantai itu di-atas jalan raya itu tiada kurang daripada sa-tengah berat kereta itu.
Jentera Berjalan yang Rengan (Beroda rantai), ia-lah kereta² yang termasok di-dalam jenis Jentera Berjalan yang Rengan tetapi di-bentok dan di-buat supaya berat-nya itu di-bawa di-atas jalan raya oleh roda² rantai yang bersambonga atau oleh beberapa roda dengan roda² rantai yang bersambong² menjadikan berat yang di-bawa oleh roda² rantai di-atas jalan raya itu tiada kurang daripada sa-tengah berat kereta itu.
H. Tractor² Berat (Beroda), ia-lah kereta² ber-enjin, berat-nya dengan tiada muatan lebeh dari- pada lima ton dan jika kurang daripada lima ton termasok di-dalam jenis Tractor Rengan (Beroda).
Jentera Berjalan yang Berat (Beroda), ia-lah kereta berenjin, berat-nya dengan tiada muatan lebeh daripada lima ton dan jika kurang daripada lima ton termasok di-dalam jenis Jentera Berjalan yang Rengan (Beroda).
I. Tractor² Berat (Beroda rantai), ia-lah kereta² berenjin, berat-nya dengan tiada muatan lebeh daripada lima ton dan jika kurang daripada lima ton termasok di-dalam jenis Tractor Rengan (Beroda rantai).
J. Kereta² Tolak Berenjin, ia-lah kereta² ber-enjin yang di-buat untok membawa muatan atau penompang² dan di-bawa oleh sa-orang tiada dudok atau menunggangi-nya.
K. Kereta² Trolley, ia-lah kereta² yang men-dapat kuasa-nya daripada cable yang terentang di-jalan raya atau landasan² dan kuasa itu di-sambongkan kapada-nya dengan takal atau lain² alat. |