Group :
Sub-Group :
URL :
http://hids.dev.skali.net/-/undang-undang-keluar-masuk-tanah-melayu-dikuatkuasakan?searchGoBack=true&keyword=pasport
Date :
01/08/1953

Tarikh Peristiwa : 01-08-1953

Pada hari ini dalam tahun 1953, Undang-undang keluar masuk Tanah Melayu telah dikuatkuasakan. Undang-undang ini membolehkan orang-orang tertentu termasuklah isteri dan anak-anak mereka di bawah umur 18 tahun masuk ke Tanah Melayu. Mereka yang dibenarkan masuka ialah :-

  • Rakyat Persekutuan Tanah Melayu
  • Rakyat British yang dilahir di Tanah Melayu
  • Rakyat British yang telah tinggal selama 7 tahun daripada 10 tahun yang akhir di Tanah Melayu
  • Seorang yang menjadi rakyat British dengan mempunyai kerakyatan tempatan.
  • Pegawai-pegawai Kerajaan selagi mereka tingga seperti tersebut di atas

Mereka yang berada di luar negeri perlu meminta surat akuan memudahkan urusan pulang semula. Jika anak atau isteri berusia di bawah 18 tahun berada di luar negeri, suaminya perlu memohon surat akuan daripada Jabatan Imigeresen. Tiap-tiap seorang rakyat Komanwel atau mereka di bawah naungan British yang berada di luar negeri dan mampu membuktikan telah tinggal di Tanah Melayu sekurang-kurangnya setahun iaitu telah keluar sebelum 1 Ogos 1953 dan berada tidak lebih daripada 1 tahun layak mendapat kebenaran. Mereka yang berada di luar negeri dan telah mendapat surat kebenaran masuk atau visa dibenarkan balik dan tidak dikehendaki memperbaharui surat mereka. Sekiranya seseorang itu ingin ke luar negeri, pasportnya akan dicop untuk membolehkan pulang semula. Ini samalah seperti pasport Komanwel. Jika seseorang itu tidak mempunyai pasport masuk ia perlu memohon daripada pejabat Imigeresen di mana pasport akan diberi berasingan. Surat kebenaran melawat pula boleh didapati semasa tiba di Tanah Melayu. Ini ialah untuk mengelakkan kelewatan pelayaran kapal dan kesukaran bagi penumpang-penumpang. Mereka yang ingin menetap untuk bekerja di Tanah Melayu perlu meminta kebenaran masuk. Borang biodata dikirim melalui pihak pengurusan yang menguruskan kedatangan mereka. Mereka juga perlu menunjukkan kepentingan kedatangan mereka ke sini. Borang ini kemudiannya dihantar kepada Imigeresen Tanah Melayu. Dengan berkuatkuasanya Undang-undang keluar masuk Tanah Melayu pada hari ini dalam tahun 1953, segala urusan keluar masuk ke Tanah Melayu dapat diawasi.