LITERATURE

SUMMARY

FULL CONTENT

Kawalan Imigresen di dunia dipercayai bermula dinegeri China hampir 1500 tahun yang lalu dipercayai dizaman Dinasti Song. Pada ketika itu negeri China terbahagi kepada 2 buah dinasti iaitu SONG dan LIAO serta beberapa negeri yang kecil yang lain. Pengenalan “PAPAN SUTERA” yang berfungsi seumpama pasport dan kad pengenalan membolehkan kedua-dua pihak berkuasa dinasti yang saling berperang ini mengetatkan kawalan perjalanan disamping mencegah sebarang sebarang cubaan tentera masing-masing untuk menyeludup masuk ke wilayah masing-masing.

Secara teorinya kawalan Imigresen di Malaysia bermula ketika zaman EMPAYAR ISLAM BENUA SIAM KEDAH dan urusan Imigresen dilakukan oleh SYAHBANDAR yang turut menjalankan tugas sebagai kastam dan jabatan laut. Ini jelas kerana mengikut sejarah mana-mana pedagang yang ingin berdagang di mana-mana perlu mendapat kebenaran dari Syahbandar terlebih dahulu sebelum dibenarkan menjalankan aktiviti perdagangan.

Pada mulanya, fungsi-fungsi Imigresen dijalankan oleh
beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Polis, Jabatan Buruh dan Jabatan Hal Ehwal China (Chinese Protectorate) mulai pertengahan tahun 1877 dan tugasan hanya melibatkan pemeriksaan secara fizikal dan dokumen perjalanan di pintu-pintu masuk utama ketika itu iaitu Pulau Pinang manakala pintu-pintu masuk yang lain seperti Changloon, Padang Besar, Kroh dan Port Swettenham(Port Klang) manakala pusat pentadbiranya adalah di Singapura. Seorang Pegawai Kanan Malayan Civil Service telah dilantik untuk menguruskan hal-hal keimigresenan dan dikenali sebagai Immigration Officer, Straits Settlement and Federated Malay States mulai tahun 1904. Pemeriksaan Imigresen ketika itu dilakukan oleh Deputy Immigration Officer yang dipinjamkam dari Jabatan Polis Anggota Polis berkenaan mestilah berpangkat Sarjan sekurang-kurangnya. Pemeriksaan Imigresen di pelabuhan pula dilakukan di atas kapal bersama Syahbandar dan dipanggil Boarding Officer. Walaubagaimanapun Perjawatan ini hanya lah sebagai Ad-Hoc sahaja. Mulai tahun 1909 juga Deputy Immigration Officer juga ditempatkan di Negeri-negeri Melayu tidak bersekutu (Unfedretaed Malay States, Perlis, Kedah, Kelantan dan Johor) tetapi diketuai oleh Syahbandar disetiap negeri kecuali Johor yang mempunyai Jabatan Imigresen sendiri yang ditadbir oleh Royal Johore Custom semenjak tahun 1895

Undang-undang pertama Imigresen iaitu ‘Passenger Restriction Ordinance 1922’ telah diperkenalkan pada 21 Julai 1922 dan bertujuan bagi melaksanakan kawalan masuk imigran asing ke negara ini. Pada tahun 1930 ‘Aliens Restriction Ordinance’ telah diperkenalkan bagi memperketatkan kagi kawalan keatas imigran. Jawatan Immigration Officer secara tetap telah diwujudkan mulai 1 Januari 1933 serta ‘The Aliens Restriction Ordinance’ yang berkuatkuasa pada 1 April 1933 telah memperkukuhkan lagi kawalan Imigresen. Seorang pegawai kanan Malayan Civil Service telah dilantik sebagai Controller Of Immigration manakala jawatan pegawai kanan yang lain bermula daripada Deputy Assistant Controller of Immigration terdiri dari pegawai lantikan Malay Administaritive Service manakala jawatan lain bermula dari Deputy Immigration Officer, Immigration Officer, Sub Inspector of Immigration dan Inspector of Immigration

Walaubagaimanapun Jabatan Imigresen ketika itu tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan pasport, pasport hanya dikeluarkan di Pejabat Residen dan Pejabat Adviser kerajaan British dan dipusatkan di Singapura dan diketuai oleh Passport Officer

Namun begitu, beberapa negeri Malaya dan Straits Settlements menguatkuasakan polisi imigresen masing-masing di bawah perundangan berasingan seperti Aliens Enactment (Federated Malay States Cap 113), Passengers Restrictions Enactment (Federated Malay States Cap 119), Aliens Immigration (Restriction) Enactment (Federated Malay States Cap 115), Aliens Ordinanace (Straits Settlement Cap 90), Passengers Restricted Ordinance (Strairs Stettlement Cap 93), Aliens Enactment of Johore (En No. 121), Immigration Restriction Enactment 1930 of Kelantan (En No. 23 of 1930), Indigent Alien Immigration Enactment of Kelantan (No. 6 of 1914) and the Aliens Enactment 1933 of Kelantan (En No. 4 of 1933) British Malaya – Thailand Border Pass Agreement 1940 (Kedah, Perlis, Perak & Kelantan)

Ketika Perang Dunia Kedua iaitu di zaman pendudukan Jepun kawalan imigresen di Tanah Melayu dijalankan oleh pihak polis bantuan tentera Jepun atau lebih dikenali ‘TEKIKAN’ yang turut menjalankan tugas pelabuhan, kastam malah pendaftaran. Selepas Perang Dunia Kedua satu era baru telah bermula dimana pihak British Military Administration telah menyusun dan menubuhkan Jabatan Imigresen pada tahun 1946 yang dikenali sebagai ’Malayan Union Refugees and Displaced Person Bureau And Immigration Department’ bagi menguruskan hal ehwal pelarian dan hantaran balik orang-orang asing. Berikut perlaksanaan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dalam tahun 1948 serta memandangkan keadaan darurat yang dialami oleh negara kita pada masa itu, kerajaan telah mewujudkan Undang-undang Imigresen dan Pasport yang dikenali sebagai ‘The Emergency (Travel Restrictions) Regulations 1948, The Passport Ordinance 1949, The Passport Regulations 1949 dan The Emergency (Entry by land from Thailand) Regulation 1949 untuk memenuhi keperluan semasa. Pemilikan satu dokumen perjalanan sebelum tiba merupakan satu keperluan mulai 31 Mei 1949.
Selain dari menguruskan kawalan, ketibaan, Jabatan Imigresen juga mengeluarkan pasport. Peruntukan undang-undang bagi mengeluarkan pasport ialah ‘The Passport Ordinance, 1949 dan The Passport Regulations, 1949. walaupun demikian, pengeluaran pasport sebelum 1957 ini adalah tertumpu kepada warganegara British. Pasport ini dikeluarkan oleh pejabat-pejabat Residen dan Penasihat Inggeris.
Jabatan Imigresen juga bertanggungjawab menguruskan pengeluaran Visa dan menimbang permohonan Kewarganegaraan negara-negara Komenwel bagi pihak kerajaan Inggeris, pusat pentadbiran yang mulanya di Kuala Lumpur dipindahkan ke Pulau Pinang pada tahun 1949 kerana sebahagian besar tugas Imigresen adalah terpusat di Utara.
Tugasan Imigresen juga telah diperluaskan selain dari kawalan Imigresen sahaja kepada pengeluaran pasport. Mulai tahun 1952 ordinan baru yang dikenali sebagai “Immigration Ordinance 1952 dan Immigration Regulations 1953”. Walaubagaimanapun “The Passport Ordinance 1949 dan The Passport Regulations 1949” masih dikuatkuasakan penggunaannya pada masa itu. Pada bulan November 1952, Immigration Ordinance no. 68/1952 diluluskan dan mula dikuatkuasakan pada 01 Ogos 1953. Semua ordinan-ordinan peringkat negeri juga telah dimansuhkan jabatan Imigresen diletakan di bawah seliaan Kementerian Luar Negeri dan beribupejabat di Pulau Pinang.

Selepas Kemerdekaan, The Immigration Ordinance 1952, The Passport Ordinance 1949 dan The Passport Regulations 1949 telah dimansuhkan dan digantikan dengan “The Immigration Ordinance 1959, The Immigrations 1959 dan The Passport Ordinance 1960 yang berkuatkuasakan mulai 01hb Mei 1959. Akan tetapi Akta 1959 tidak dikuatkuasakan secara menyeluruh (total) kerana dikhuatiri akan penghijrahan dalam jumlah yang besar dari Malaysia Timur. Oleh yang demikian Ketua Menteri di Sabah dan Sarawak diberi kuasa mutlak untuk menghalang kemasukan warganegara asing dan rakyat yang bukan berasal dari Malaysia Barat.

Pada tahun 1963, Malaysia telah ditubuhkan. Satu
undang-undang yang dikenali sebagai “Immigration (Transnational Provisions) Act 1963 telah juga diwujudkan untuk memelihara kepentingan Sabah dan Sarawak. Undang-undang serta peraturan-peraturan ini bukan saja digunapakai di Semenanjung Malaysia tetapi juga meliputi Sabah dan Sarawak apabila kedua dua negeri dicantumkan dengan Negeri-negeri Tanah Melayu. Semua syarat-syarat berhubung kemasukkan negeri-negeri Sabah dan Sarawak adalah termaktub dalam Akta Malaysia 1963 iaitu Akta no. 27/63 termasuklah perkara-perkara mengenai hal ehwal Imigresen. Jabatan Imigresen telah dipindahkan dari Kementerian Luar Negeri kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri mulai tahun 1964

Apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada
tahun 1965, kerajaan telah mengeluarkan dokumen perjalanan yang dikenali sebagai Pasport Malaysia Terhad pada Februari 1967 bertujuan untuk memudahkan warganegara Malaysia keluar / masuk di antara Singapura dan Malaysia. Ibupejabat Imigresen juga telah dipindahkan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur Pada 13 April 1965. Mulai 1 Disember 1971 Pentadbiran Imigresen seluruh negeri telah disatukan di bawah satu pentadbiran yang berpusat di Kuala Lumpur.

Bagi menyeleraskan undang-undang Imigresen di ketiga-tiga wilayah ini, satu semakan undang undang Imigresen telah diperbuat pada 01 Ogos 1974 supaya peruntukkan-peruntukkan berhubung Imigresen yang terdapat dalam Akta Malaysia 1963 dimasukkan dalam ‘Ordinan Imigresen 1959’ sebagai satu bahagian tambahan khas untuk Negeri Sabah dan Sarawak.

Sejajar dengan fungsi serta visi Jabatan Imigresen yang antara lain bertanggungjawab memastikan keselamatan rakyat dan negara ini terjamin dari ancaman orang-orang asing mulai 1972 Bahagian / Unit Penguatkuasa secara berasingan ditubuhkan di Ibu Pejabat Imigresen dan seterusnya diikuti oleh negeri-negeri, di mana setiap negeri mempunyai unit-unit Penguatkuasa. Antara tugas utama unit ini ialah menguatkuasakan Akta dan Peraturan Imigresen serta Akta Pasport dan undang-undang lain yang berkaitan.

Dalam tahun 1974 dan 1975, semua undang-undang Imigresen dan Pasport telah disemak semula dan disatukan menjadi “The Immigration Act 1959/63 (Act 155) dan The Passport Act 1966 (Act 150) yang dikuatkuasakan untuk seluruh Malaysia. Selain daripada dua akta ini, peraturan peraturan mengenai Imigresen juga dilaksanakan melalui Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan arahan-arahan melalui Pekeliling Malaysia. Akibat daripada semakan ini ujudnya Akta Imigresen 1959/63 dan Ordinan Imigresen Sabah 1962, Ordinan Imigresen Sarawak 1962 dan Ordinan Imigresen Persekutuan Tanah Melayu 1952 dimansuhkan.

Begitu juga dengan Jabatan Imigresen dan Pasport turut juga mengalami berbagai-bagai pindaan. Buat masa sekarang undang-undang serta peraturan-peraturan Imigresen dan Pasport yang digunakan adalah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Secara keseluruhan Akta ini telah dikaji semula sebanyak tujuh kali akan tetapi yang paling ‘significant’ adalah pada tahun 1975 (Akta 155), 1989 (Akta A719), 1997 (Akta A985), 2002 (Akta A1154) bersesuaian kehendak dan keperluan semasa.




Bibliography
R.O Winsted- Malaya, The Straits Settlements, Federated Malay States, Unfederated Malay States Contable London 1923
R. Heusslr, British Rule in Malaya: The Malayan Civil Cervice and Its Predecessor 1867-1942. Westport Connecticut Greenwood 1981
Kratoka, H. Paul-South East Asia Minorities in Wartime Japanese Empire. Routledge Curzon London
Harding Andrews-Law, Government and the Constitiution in Malaysia, 1996 Kluwer Law International
Donnison, F.S.V, British Military Administration in The Far East 1943-1946