LITERATURE

SUMMARY

SEBELUM Perang Dunia Pertama, hampir keseluruhan penduduk dunia tidak mengenali apa itu dokumen pengenalan. Keperluan terhadap dokumen itu hanya bermula selepas pengenalan sistem pasport oleh Raja Henry keenam di England yang dianggap antara butiran pengenalan terawal di dunia.

FULL CONTENT

SEBELUM Perang Dunia Pertama, hampir keseluruhan penduduk dunia tidak mengenali apa itu dokumen pengenalan. Keperluan terhadap dokumen itu hanya bermula selepas pengenalan sistem pasport oleh Raja Henry keenam di England yang dianggap antara butiran pengenalan terawal di dunia.

Versi pasport Raja Henry itu digunapakai sehingga abad ke-20 sebelum digantikan dengan dokumen pengenalan bergambar ekoran perkembangan dunia fotografi di Eropah ketika itu.

Bermula daripada itu, pelaksanaan dokumen pengenalan diri mula diperluas dan diperkenal dalam pelbagai reka bentuk, ketetapan, dan undang-undang.

Selepas melalui pelbagai peringkat evolusi, kebanyakan negara di dunia kini mengakui keperluan dokumen pengenalan diri sebagai pengesahan identiti sebagai rakyat sesebuah negara.

Sejarah Awal Di Malaysia

1807

Piagam Keadilan 1807 (Piagam Pertama) telah menubuhkan undang-undang Inggeris yang dikenali sebagai Lex Loci (law of the land) di Pulau Pinang.

1826

Pada 26.11.1826 Piagam Keadilan 1826 (Piagam Kedua) pula telah menubuhkan undang-undang Inggeris yang dikenali sebagai Lex Loci (law of the land) di Singapura dan Melaka walaupun undang-undang tersebut bukanlah per se menggantikan undang-undang adat. Hasilnya, kes undang-undang dan adat-adat tempatan ini dipinda kepada undang-undang Inggeris.

1867 

Negeri-negeri Selat (Straits Settlements) telah dipisahkan dari Kerajaan di India (oleh operasi kerajaan di bawah Akta Negeri-negeri Selat 1866) iaitu di bawah kuasa perundangan.
4.2.1867 – Selaras dengan Surat Kurnia, kuasa perundangan di dalam tanah jajahan telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat (Legislative Council The Straits Settlements).

1874 – 1899

Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang) menjadi negeri naungan Great Britain dari ancaman musuh. 13.7.1889 – Digabungkan menjadi Persekutuan Tanah Melayu.

1895 

Sebelum tahun 1895, Persekutuan Tanah Melayu beroperasi secara berasingan, sehinggalah satu undang-undang digubal supaya pengasingan dibuat untuk undang-undang berkaitan dengan pendaftaran kelahiran, kematian, pengebumian, perkahwinan dan perceraian. Pada tahun 1895, ianya beroperasi di bawah Majlis Persekutuan.

Rekod-rekod kelahiran dan kematian yang telah direkodkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia masih lagi dipelihara sejak hampir 150 tahun yang lalu.

Sejarah Perkembangan Kad Pengenalan

1948

Dalam tahun 1948, kad pengenalan pertama telah dikeluarkan semasa waktu darurat (Kawasan-kawasan Pendaftaran). Peraturan-peraturan 1948 telah diperluaskan melalui Ordinan Darurat 1948. Kad pengenalan ini diperkenalkan oleh pemerintah Inggeris di Malaya melalui Emergency [Registration Areas] Regulation 1948, bagi membendung ancaman pengganas komunis. Ia juga dikenali sebagai ‘kad beras’ kerana sewaktu catuan makanan pada zaman darurat bermula pada 1948 itu memerlukan bukti pengenalan diri bagi mendapatkan beras.

Pelaksanaan kad ini diguna pakai di Semenanjung Malaysia dari tahun 1948 sehingga 1960. Ciri-ciri kad ini tidak bersalut,  gambar hitam putih, cap ibu jari kanan sahaja, maklumat asal penduduk, tiada taraf kewarganegaraan.

1960



Proses Menyalut Kad Pengenalan Lama


Orang Ramai Beratur Untuk Menukar Kad Pengenalan Kertas ke Kad Pengenalan Plastik
 

Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Mengambil Cap Jari Untuk Permohonan Kad Pengenalan


Sijil Warganegara Malaysia Yang Pertama Kali Dikeluarka


Kad Pengenalan Plastik Pertama Bernombor 0000001 Dimiliki Oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman


Kad pengenalan untuk Persekutuan Tanah Melayu telah dikeluarkan pada 2 Ogos 1960.Urusan kelahiran, kematian, pengangkatan, kewarganegaraan dan perkahwinan pada awalnya diletakkan di bawah kerajaan negeri sehingga undang-undang persekutuan dibentuk untuk memberikan perkhidmatan kepada orang awam mengenai perkara-perkara berkaitan pendaftaran. Jabatan Pendaftaran Negara Tanah Melayu telah dibentuk untuk mentadbir akta untuk Parlimen sehingga ke hari ini.

Mula diperkenalkan di Sarawak pada 30 Mac 1966 dan Sabah pada 1 Jun 1972. Ciri keselamatan kepada kad ini ditambah dimana kad ini bersalut plastik dan di proses secara sistematik. Terdapat empat warna bagi menentukan taraf kewarganeraan, terdapat maklumt peribadi yang terperinci menggunakan gambar hitam putih serta cap ibu jari kiri dan kanan.

1990

Pada April tahun 1990, kad pengenalan bermutu tinggi diperkenalkan. Kad ini juga dikenali sebagai kad pengenalan bunga raya. Antara ciri keselamatan yang ada pada kad pengenalan ini adalah cap ibu jari kiri dan kanan maklumat terperinci yang ad seperti sekarang dan bersalut. Gambar hitam putih digunakan dan pada 1999 gambar berwarna mula diguna.



Setiap warganegara Malaysia diberikan satu set nombor 12-digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan. Kumpulan digit pertama (TTBBHH) merupakan tarikh lahir pemilik KP. Kumpulan kedua (NN) pula merupakan kod negeri lahir, iaitu 01-13 untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia. Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99.

Namun begitu apabila seseorang anggota polis atau tentera menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan mereka akan ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka. Kumpulan nombor terakhir (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

KOD NEGERI
01, 21, 22, 23, 24 Johor
02, 25, 26, 27 Kedah
03, 28, 29 Kelantan
04, 30 Melaka
05, 31, 59 Negeri Sembilan
06, 32, 33 Pahang
07, 34, 35 Pulau Pinang
08, 37, 38, 39 Perak
09, 40 Perlis
10, 41, 42, 43, 44 Selangor
11,03,06, 45, 46 Terengganu
12, 47, 48, 49 Sabah
13, 50, 51, 52, 53 Sarawak
14, 54, 55, 56, 57 W.P Kuala Lumpur
15, 58 W.P Labuan
16 W.P Putrajaya
88 Polis
99 Tentera

Untuk membezakan di antara pemegang MyKad lelaki dan perempuan, nombor terakhir dalam siri nombor kad pengenalan telah di sesuaikan mengikut jantina pemegang di mana sekiranya pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka genap, jantina pemegang adalah wanita. Manakala jika pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka ganjil, jantina pemegang adalah lelaki.

Sebelum 1990, nombor kad pengenalan warganegara adalah dalam bentuk A####### di mana # merupakan nombor siri 7-digit yang mana nombor terakhir dalam siri nombor tersebut turut sama mempunyai peranan pembezaan jantina lelaki dan wanita seperti sini nombor baru MyKad.

2000

Pada tahun 2000 setelah masa bersilih ganti dan sejajar dengan peredaran zaman kad pengenalan pintar telah diperkenalkan dan dikena sebagai MyKad. Pada akhir tahun 2000 MyKad mula digunakan di Semenanjung dan awal tahun 2002 mula digunakan di Sabah dan Sarawak. Kad ini dpeerbuat daripada bahan Polikarbonat dimana ciri keselamatan yang tinggi diperkenalkan dimana kad ini dlengkapi dengan cip untuk mengelakkan pemalsuan.

2005

Mulai 1 Januari 2005, semua bayi yang lahir turut diberikan kad pengenalan tanpa gambar berwarna merah jambu dipanggil MyKid. Perkataan ‘Kid’ bermaksud ‘Kad Identiti Diri’ dan juga bermaksud ‘budak’ dalam bahasa Inggeris. Tujuan MyKid adalah sebagai ganti Sijil Kelahiran, yang bermakna bayi tersebut tidak lagi mempunyai nombor sijil kelahiran, sebaliknya diberikan terus nombor kad pengenalan yang akan digunakan dalam MyKad.

2006

Pada 1 Jun 2006, MyPR telah diperkenalkan sebagai mengganti kad pengenalan merah untuk pemastautin tetap Malaysia. ‘My’ membawa maksud yang sama seperti MyKad manakala ‘PR’ adalah singkatan kepada bahasa Inggeris, Permanent Resident.

MyPR berwarna merah sepenuhnya mengandungi semua data utama sama seperti pemegang MyKad. Namun begitu di belakang MyPR mempunyai cetakan data mengenai negara asal pemegang MyPR termasuk nombor permit permastautin tetap. Bermula dari tarikh 1 Jun 2006 juga, semua pemegang kad pengenalan merah lama diminta menukarkan kad mereka kepada MyPR sebelum 1 Julai 2007.

Penggunaan set nombor kad pengenalan 12 digit yang sama digunakan pada MyKad dan MyKid dan cuma dibezakan dengan kod tempat kelahiran mengikut tempat dilahirkan, biasanya kod 71 yang mewakili kelahiran di luar negeri.

2012

Mulai Januari 2012 MyKad telah dipertingkatkan lagi ciri keselamatan dan kecanggihannya. Dimana Ciri terpenting Mykad diperbuat daripada bahan polikarbonat dan menggunakan cip baru yang mempunyai daya tahan selain penambahan “ghost image” daripada teknologi turisan laser pada permukaan kad bertujuan untuk mengelak dipalsukan selain dilengkapi  dengan perlindungan anti salin. Rakyat Malaysia tidak diwajibkan untuk menukar tetapi di galakkan unntuk berbuat demikian.



Pengeluaran kad pintar ini dilihat menepati piawaian standard antarabangsa selain tidak mudah rosak dan telah ditambah baik kualiti material cip daripada bahan tahan lasak. Aplikasi MyKad ini berperanan sebagai teknologi merekod serta menyimpan data dan maklumat rasmi seseorang individu.

Ia bukan sahaja menyimpan maklumat asas diri malah mampu juga digunakan sebagai prasaran kekunci awam, merekod maklumat kesihatan diri dan juga untuk tujuan e-tunai. Segala proses perbankan dapat dilakukan dengan kad pintar ini.